Monday, April 13, 2009

jurnal minggu 3

JURNAL PRATIKUM MINGGU KETIGA
TARIKH: 5 APRIL 2009 –9 APRIL 2009
Fokus : Pengajaran dan pembelajaran di kelas

Pada minggu ini, saya telah memasuki kelas 4 Usaha. Kelas ini merupakan kelas yang kedua akhir bagi murid – murid tahun 4. Kelas ini hanya terdiri daripada 13 orang orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Kebanyakan murid lelaki telah menimbulkan banyak masalah semasa sesi pengajaran dan pembelaran saya. Menurut guru kelas tersebut, kelas ini memang sering dilabelkan sebagai kelas yang agak memberi banyak masalah kepada guru – guru. Justeru, beliau sendiri perlu mengambil masa yang lama untuk menguruskan kelas sebelum memulakan sesi pengajAran dan pembelajarannya.
Pada mulanya, saya tidak ingin terlalu memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh guru – guru berkenaan kelas tersebut dan mengambil fikiran yang positf sahaja. Namun apabila saya telah memasuki kelas tersebut, saya akui kata – kata guru tersebut ada benarnya. Namun begitu, seperti yang saya yang saya katakan pada awal tadi, saya tetap mengambil situasi tersebut sebagai salah satu cabaran. Sebagai seorang guru pelatih yang baru menjalani pratikum, saya tetap bersemangat untuk mengajar kelas ini. Saya dapati mereka kebanyakan mereka berminat untuk melakukan aktiviti yang saya cadangkan.
Aktiviti yang saya jalankan kepada murid – murid kelas ini merupakan aktiviti yang agak mudah sahaja dan berseuaian dengan tahap kognitif mereka. Bagi menggalakkan mereka untuk melakukan aktivti yang dikehendaki, saya telah memberikan kata – kata pujian dan juga galakan supaya merek berasa bersemangat untuk menyiapkannya.
Selain itu juga, saya mengambil beberapa pendekatan dan juga kaedah terutamanya semasa set induksi. Saya berpendapat bahwa set induksi merupakan salah satu ” masa yang genting” dalam menarik minat murid – murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesorang guru itu. Ini adalah keran semasa set induksi itulah saat guru dapat menarik perhatian muridnya. Antara set induksi yang telah saya jalankan ialah nyanyian lagu dan juga permainan. Murid – murid yang masih kanak – kanak ini menggemari unsur – unsur permainan dan juga nyanyian kerana alam pereskitaran mereka yang sering berkaitan dengan unsur – unsur tersebut.
Seterusnya, saya juga telah menerangkan kepada mereka langkah – langkah yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktivit tersebut. Saya berpendapat bahawa penerangan hendaklah diberikan secara jelas oleh setiap guru, ini adalah kerana penerangan yang jelas kana dapat membantu murid – murid untuk menjalankan aktivit yang diarahkan guru. Antara cara – cara yang boleh dilakukan untuk memberi penerangan ialah dengan cara menulis di papan hitam dan membacanya satu persatu kepada murid – murid. Selain itu, arahan juga boleh dibaca oleh murid – murid secara beramai – ramai dan diulang. Ini adalah kerana mungkin ada terdapat murid yang agak lambat memahami sesuatu penrangan guru.
Selain itu juga, guru juga boleh menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara. Ini adalah untuk meberi lebih kefahaman kepada mereka terutamanya bagi murid yang kecerdasan pelbagainya lebih kepada penggunaan visual ruang. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk guru memudahkan pengajarannya.
Itu merupakan beberapa cara yang saya jalankan ke atas kelas ini. Walaupun mereka banyak menimbulkan masalah namun saya tetap ingin menjalankan tugas yang te;ah diarahkan dengan penuh bersemangat. Saya tidak mahu jika terdapat segelintir murid yang tidak ingin belajar akan mengganggu tumpuan murid yang lain.

jurnal minggu 2

JURNAL PRATIKUM MINGGU KEDUA
TARIKH: 29 MAC – 2 APRIL 2009
Fokus : Perhimpunan
Minggu ini merupakan minggu kedua kami berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani bagi menjalani pratikum fasa 1 bagi pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Minggu ini kami masih ditemani oleh guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang juga merupakan pelajar dari Institut kami.
Pada hari Ahad iaitu 29 Mac 2009 , kami berlima telah menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Perhimpunan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir padfa jam 8.15 pagi. Semua guru telah menghadiri perhimpunan mingguan tersebut. Kami turut duduk di hadpan murid bersama rakan – rakan guru yang lain. Perasaan saya agak gementar dan juga terasa sesuatu yang tidak dapat diucapkan kerana saya masih teringat pengalaman menjadi pelajar sekolah dan melihat guru – guru berada di hadapan namun kini saya yang mengalamai saat itu dan berada di hadapan pelajar. Semenjak itu, saya berazam untuk cuba menjadi seoranga guru yang berdedikasi dan juga komited terhadap tugas saya sebagai guru dan juga mengambil contoh daripada guru sekolah saya yang dulu.
Murid – murid sekolah ini menyanyikan beberapa buah lagu dengan penuh bersemangat dan mereka juga telah membuat lafaz ikrar selaku pelajar SKSP dan akan belajar bersungguh – sungguh. Pada pandangan saya, sedikit sebanyak lafaz ikrar yang disebut setiapa minggu mampu memberi semangat kepada murid – murid ini dan juga dapat mengingatkan mereka tentang tujuan mereka berada di sekolah.
Setelah menyanyi lagu Negaraku. Lagu Kedah Gemilang dan lagu Rukun Negara, murid akan mendenganr amanat daripada pihak pentadbiran sekolah iaitu sama ada daripada ucapan Puan Guru Besar iaitu Pn, Junaidah Tahir atau Penolong Kanan Pentadbiran. Selain itu, guru bertugas juga tidak lupa untuk membincangkan tema yang telah ditetapkan setiap minggu. Saya juga berpendapat bahawa tema – tema yang telah ditetapkan ini mampu memberi impak yang positif kepada murid – murid . ini adalah kerana tema yang dibincangkan pada setiap minggu merupaka tema yang diambil daripada nilai – nilai murni dan juga bertemakan peristiwa - pertistiwa yang penting. Ini seterusnya dapat disemai ke dalam diri masing – masing. Selain itu juga, mereka akan mendapat maklumat dan pengetahuan berguna daripada apa yang disampaikan oleh guru bertugas tersebut berdasarkan topik yang dibincangkan.
Selain daripada perhimpunan mingguan, murid – murid Sekolah Kebangsaan Sungai Petani ini juga turut mempunyai perhimpunan pada setiap hari. Murid yang bertugas diarahkan untuk datang awal dan menyelesaikan tugas masing – masing bagi menjaga kebersihan kelas dan seterusnya hadir di perhimpunan harian. Pada perhimpuan harian ini, murid – murid menyanyikan lagu Negaraku dan juga membaca doa. Seterusntya guru bertugas akan mengumumkan sebarang pengumuman harian buat pengetahuan murid – murid pada hari itu. Pada pendangan saya, perhimpunan harian ini amat baik kerana dapat mendisiplinkan murid – murid untuk datang ke sekolah lebih awal pada setiap hari dan memberikan mereka peluang unutk bersedia menerima pelajaran. Lagu Negaraku yang dinyanyikan juga mampu menimbulkan rasa cinta mereka kepada negara kita iaiitu Malaysia selain daripada untuk memupuk perpaduan kepada murid – murid berbilang bangsa di sekolah ini.
Selain itu, murid – murid sekolah ini turut berhimpun selepas waktu rehat bagi setiap sesi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada masuk lewat ke kelas. Perhimpunan se;epas waktu rehat ini juga diadakan bagi mengelakkan murid yang rehat pada sesi pertama iaitu dari jam 9.45 pagi hingga 10.15 pagi daripada bertembung dengan murid – murid yang rehat pada sesi kedua iaiatu darii jam 10.15 sehingga 10.45. yang rehat pada sesi kedua.
Selalku gur pelatih yang baru pertama kali menjalani pratikum, saya telah mendapat maklumat, pengetahuan dan juga pengalaman berguna hasil daripada pemerhatian dan juga pengalamana langsung saya semasa menyertai perhimpunan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Saya telah mendapat maklumat bagaimana untuk menguruskan sebuah perhimpunan dan juga termasuk aspek kawalan murid.
Saya berpendapat bahawa perhimpunan yang dijalankan di sekolah ini memberi banyak faedah kepada murid – murid dan juga kepada guru sekolah ini. Saya berharap, pada suatu hari nanti sekiranya saya dipertanggungjawabkan untuk mengndaliklan sebuah perhimpunan sekolah, saya akan mengendalikannya dengan baik dan juga penuh berdedikasi.