RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PERANCANGAN
BIL PERKARA TINDAKAN
1 Kelas 3 Ceria
2 Bilangan Pelajar 30 Orang Murid
3 Tarikh 10 Oktober 2008
4 Masa 1 Jam( 60 Minit)
5 Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
6 Tajuk Topeng muka
7 Kemahiran / Tema
8 Pengetahuan Sedia Ada i. Mengetahui jenis – jenis pekerjaan dan watak yang digemari
9 Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
i. Mengetahui cara – cara menghasilkan topeng muka.
ii. Menghasilkan topeng muka mengikut watak – watak yang digemari
iii. Mengetahui penggunaan warna daripada bahan kering.
iv. Menghias hasil karya menggunakan kertas dan warna
v. Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.
10 Kemahiran Berfikir Kritis-Mencirikan/mengelaskan, membanding-membezakan,Kreatif- menjana idea, merekacipta
11 Penerapan Nilai Bekerjasama, kekemasan dan kebersihan.
12 Bahan Bantu Mengajar Contoh Hasil Kerja
- topeng muka
Alat
-Komputer, LCD
13 Keperluan • Alat dan Bahan :
- gam, gunting,pinggan kertas, warna pensil, krayon,marker, tali atau gelang getah, penebuk lubang, gambar- gambar dari majalah, surat khabar,buku latihan.
• Rujukan: Buku Sumber Guru
Pendidikan Seni Visual.
PELAKSANAAN:
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Set Induksi
(10 min)
Pengenalan :
Topeng muka
Kesediaan belajar.
1. Guru berbual – bual dengan murid – murid mengenai watak – watak yang mereka gemari dan juga pekerjaan masyarakat sekeliling mereka.
2. Guru menunjukkan contoh topeng muka yang telah siap
Bahan bantu mengajar:
Contoh topeng muka daripada pinggan kertas
Paparan dari LCD
-contoh topeng muka
Kecerdasan pelbagai:
Verbal-linguistik
interpersonal
Penyampaian:
Langkah 1
(10 min )
Perkaitan bahan, media dan teknik.
Aras 1
1. Guru menunjuk cara menghasilkan topeng muka menggunakan pinggan kertas.
2. Guru menunjukkan cara – cara menggunakan warna daripada bahan kering dengan betul.
3. Murid memerhati dan mendengar penerangan daripada guru tentang cara- cara yang betul untuk menghasilkan topeng muka.
Bahan bantu mengajar:
Kecerdasan Pelbagai
Visual ruang
Naturalis
Langkah 2
(5 min)
Melakar dan melukis Aras 2
1. Guru memberi arahan supaya murid-murid menyediakan peralatan masing – masing.
2. Guru mengagihkan pinggan kertas, pen marker, tali,kertas lukisan, kertas warna, surat khabar
4. Guru meminta murid – murid untuk melakar gambar haiwan, pekerjaan dan watak yanmg mereka gemari.
Kecerdasan pelbagai:
-Naturalis,
-Visual –ruang
-Menciri dan membezakan
Bekerjasama,
Kekemasan
Menjana idea, kreatif dan inovatif
Langkah 3
(25 minit)
Aras 3
1. Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan.
2. Murid menyiapkan topeng masing – masing
3. Murid – murid membuat kemasan dangan menambah hiasan lain pada kolaj masing – masing.
Kecerdasan pelbagai:
Kontekstual
Konstruktivisme
Bekerjasama,
Ketelitian, kekemasan.
Bahan dan media
Penilaian dan Penutupan
(10 Minit) Sesi Apresiasi dan refleksi.
Penilaian dan pengukuhan
Penggunaan laras bahasa seni. 1. Hasil kerja dipamerkan.
2. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak pada topeng yang mereka hasilkan.
3. Guru meminta murid menilai keupayaan dan pendapat diri sendiri.
-Adakah mereka seronok melakukan aktiviti tersebut?
-Kenapa?
-Apa pendapat kamu tentang warna/ media yang digunakan?
4. Guru membuat rumusan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurang yang terdapat pada hasil kerja murid- murid. Kecerdasan pelbagai:
Verbal-linguistik,
Interpersonal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment