Sunday, March 22, 2009

Pratikum hari kedua

salam.
Hari ini merupakan hari kedua pratikum kami.
Kami bertolak jam 6.55 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
Kami sampai ke SK Sg Petani kira - kira pada jam 7.10 pagi.
Kemudian kami masuk ke pejabat untuk mengisi buku kedatangan guru pelatih..
Setelah itu, kami masuk ke bilik Penolong Kanan Pentdbiran iaitu En. Mahazir untuk mendpatkan jadual waktu masing - masing..
Saya dan Suhana telah diperuntukkan untuk mengajar sebanya 8 waktu..
Saya akan mengajar 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun 5..Begitu jiga dengan Suhana..
Jadual kelas akan dilampirkan kemudian..

Untuk persediaan mengajar, kami telah berjumpa dengan beberapa orang guru PSV yang akan kami ambil kelasnya. Antaranya ialah kelas En.Osman, PK Ko sekolah tersebut dan juga En.Mohd Tahar. En.Mohd Tahar telah sudi untuk meminjamkan kami cakera padat yang mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiap tahun, Pemetaan Pemarkahan dan juga beberapa bahan P & P bagi setiap bidang iaiatu menggambar, mencorak dan membuat rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Kami juga telah mendapat buku perancangan sekolah bagi tahun 2009 iaitu buku yang menunjukkan semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Selain itu, kami juga telah mendapatkan beberapa maklumat lain di Pusat Akses Sekolah..

aktiviti kami seterusnya ialah mencari guru- guru kelas yang akan kami masuki nanti.Tujuannya ia;ah untuk bertanyakan keadaan murid - murid dan mengenali mereka sebelum memasuki kelas. Namun, beberapa orang guru tiada keranan cuti bersalin dan juga sibuk menguruskan hal - hal peperiksaan. justeru, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mereka pada keesokann harinya sekiranya tiada kekangan buat kami.

Author's note: ayat skema digunakan sebab nanti nak copy as jurnal..masuk dalam file ni..huhu..

No comments: