Monday, April 13, 2009

jurnal minggu 3

JURNAL PRATIKUM MINGGU KETIGA
TARIKH: 5 APRIL 2009 –9 APRIL 2009
Fokus : Pengajaran dan pembelajaran di kelas

Pada minggu ini, saya telah memasuki kelas 4 Usaha. Kelas ini merupakan kelas yang kedua akhir bagi murid – murid tahun 4. Kelas ini hanya terdiri daripada 13 orang orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Kebanyakan murid lelaki telah menimbulkan banyak masalah semasa sesi pengajaran dan pembelaran saya. Menurut guru kelas tersebut, kelas ini memang sering dilabelkan sebagai kelas yang agak memberi banyak masalah kepada guru – guru. Justeru, beliau sendiri perlu mengambil masa yang lama untuk menguruskan kelas sebelum memulakan sesi pengajAran dan pembelajarannya.
Pada mulanya, saya tidak ingin terlalu memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh guru – guru berkenaan kelas tersebut dan mengambil fikiran yang positf sahaja. Namun apabila saya telah memasuki kelas tersebut, saya akui kata – kata guru tersebut ada benarnya. Namun begitu, seperti yang saya yang saya katakan pada awal tadi, saya tetap mengambil situasi tersebut sebagai salah satu cabaran. Sebagai seorang guru pelatih yang baru menjalani pratikum, saya tetap bersemangat untuk mengajar kelas ini. Saya dapati mereka kebanyakan mereka berminat untuk melakukan aktiviti yang saya cadangkan.
Aktiviti yang saya jalankan kepada murid – murid kelas ini merupakan aktiviti yang agak mudah sahaja dan berseuaian dengan tahap kognitif mereka. Bagi menggalakkan mereka untuk melakukan aktivti yang dikehendaki, saya telah memberikan kata – kata pujian dan juga galakan supaya merek berasa bersemangat untuk menyiapkannya.
Selain itu juga, saya mengambil beberapa pendekatan dan juga kaedah terutamanya semasa set induksi. Saya berpendapat bahwa set induksi merupakan salah satu ” masa yang genting” dalam menarik minat murid – murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesorang guru itu. Ini adalah keran semasa set induksi itulah saat guru dapat menarik perhatian muridnya. Antara set induksi yang telah saya jalankan ialah nyanyian lagu dan juga permainan. Murid – murid yang masih kanak – kanak ini menggemari unsur – unsur permainan dan juga nyanyian kerana alam pereskitaran mereka yang sering berkaitan dengan unsur – unsur tersebut.
Seterusnya, saya juga telah menerangkan kepada mereka langkah – langkah yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktivit tersebut. Saya berpendapat bahawa penerangan hendaklah diberikan secara jelas oleh setiap guru, ini adalah kerana penerangan yang jelas kana dapat membantu murid – murid untuk menjalankan aktivit yang diarahkan guru. Antara cara – cara yang boleh dilakukan untuk memberi penerangan ialah dengan cara menulis di papan hitam dan membacanya satu persatu kepada murid – murid. Selain itu, arahan juga boleh dibaca oleh murid – murid secara beramai – ramai dan diulang. Ini adalah kerana mungkin ada terdapat murid yang agak lambat memahami sesuatu penrangan guru.
Selain itu juga, guru juga boleh menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara. Ini adalah untuk meberi lebih kefahaman kepada mereka terutamanya bagi murid yang kecerdasan pelbagainya lebih kepada penggunaan visual ruang. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk guru memudahkan pengajarannya.
Itu merupakan beberapa cara yang saya jalankan ke atas kelas ini. Walaupun mereka banyak menimbulkan masalah namun saya tetap ingin menjalankan tugas yang te;ah diarahkan dengan penuh bersemangat. Saya tidak mahu jika terdapat segelintir murid yang tidak ingin belajar akan mengganggu tumpuan murid yang lain.

No comments: