Monday, April 13, 2009

jurnal minggu 3

JURNAL PRATIKUM MINGGU KETIGA
TARIKH: 5 APRIL 2009 –9 APRIL 2009
Fokus : Pengajaran dan pembelajaran di kelas

Pada minggu ini, saya telah memasuki kelas 4 Usaha. Kelas ini merupakan kelas yang kedua akhir bagi murid – murid tahun 4. Kelas ini hanya terdiri daripada 13 orang orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Kebanyakan murid lelaki telah menimbulkan banyak masalah semasa sesi pengajaran dan pembelaran saya. Menurut guru kelas tersebut, kelas ini memang sering dilabelkan sebagai kelas yang agak memberi banyak masalah kepada guru – guru. Justeru, beliau sendiri perlu mengambil masa yang lama untuk menguruskan kelas sebelum memulakan sesi pengajAran dan pembelajarannya.
Pada mulanya, saya tidak ingin terlalu memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh guru – guru berkenaan kelas tersebut dan mengambil fikiran yang positf sahaja. Namun apabila saya telah memasuki kelas tersebut, saya akui kata – kata guru tersebut ada benarnya. Namun begitu, seperti yang saya yang saya katakan pada awal tadi, saya tetap mengambil situasi tersebut sebagai salah satu cabaran. Sebagai seorang guru pelatih yang baru menjalani pratikum, saya tetap bersemangat untuk mengajar kelas ini. Saya dapati mereka kebanyakan mereka berminat untuk melakukan aktiviti yang saya cadangkan.
Aktiviti yang saya jalankan kepada murid – murid kelas ini merupakan aktiviti yang agak mudah sahaja dan berseuaian dengan tahap kognitif mereka. Bagi menggalakkan mereka untuk melakukan aktivti yang dikehendaki, saya telah memberikan kata – kata pujian dan juga galakan supaya merek berasa bersemangat untuk menyiapkannya.
Selain itu juga, saya mengambil beberapa pendekatan dan juga kaedah terutamanya semasa set induksi. Saya berpendapat bahwa set induksi merupakan salah satu ” masa yang genting” dalam menarik minat murid – murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesorang guru itu. Ini adalah keran semasa set induksi itulah saat guru dapat menarik perhatian muridnya. Antara set induksi yang telah saya jalankan ialah nyanyian lagu dan juga permainan. Murid – murid yang masih kanak – kanak ini menggemari unsur – unsur permainan dan juga nyanyian kerana alam pereskitaran mereka yang sering berkaitan dengan unsur – unsur tersebut.
Seterusnya, saya juga telah menerangkan kepada mereka langkah – langkah yang diperlukan untuk melakukan sesuatu aktivit tersebut. Saya berpendapat bahawa penerangan hendaklah diberikan secara jelas oleh setiap guru, ini adalah kerana penerangan yang jelas kana dapat membantu murid – murid untuk menjalankan aktivit yang diarahkan guru. Antara cara – cara yang boleh dilakukan untuk memberi penerangan ialah dengan cara menulis di papan hitam dan membacanya satu persatu kepada murid – murid. Selain itu, arahan juga boleh dibaca oleh murid – murid secara beramai – ramai dan diulang. Ini adalah kerana mungkin ada terdapat murid yang agak lambat memahami sesuatu penrangan guru.
Selain itu juga, guru juga boleh menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara. Ini adalah untuk meberi lebih kefahaman kepada mereka terutamanya bagi murid yang kecerdasan pelbagainya lebih kepada penggunaan visual ruang. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk guru memudahkan pengajarannya.
Itu merupakan beberapa cara yang saya jalankan ke atas kelas ini. Walaupun mereka banyak menimbulkan masalah namun saya tetap ingin menjalankan tugas yang te;ah diarahkan dengan penuh bersemangat. Saya tidak mahu jika terdapat segelintir murid yang tidak ingin belajar akan mengganggu tumpuan murid yang lain.

jurnal minggu 2

JURNAL PRATIKUM MINGGU KEDUA
TARIKH: 29 MAC – 2 APRIL 2009
Fokus : Perhimpunan
Minggu ini merupakan minggu kedua kami berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani bagi menjalani pratikum fasa 1 bagi pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Minggu ini kami masih ditemani oleh guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang juga merupakan pelajar dari Institut kami.
Pada hari Ahad iaitu 29 Mac 2009 , kami berlima telah menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Perhimpunan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir padfa jam 8.15 pagi. Semua guru telah menghadiri perhimpunan mingguan tersebut. Kami turut duduk di hadpan murid bersama rakan – rakan guru yang lain. Perasaan saya agak gementar dan juga terasa sesuatu yang tidak dapat diucapkan kerana saya masih teringat pengalaman menjadi pelajar sekolah dan melihat guru – guru berada di hadapan namun kini saya yang mengalamai saat itu dan berada di hadapan pelajar. Semenjak itu, saya berazam untuk cuba menjadi seoranga guru yang berdedikasi dan juga komited terhadap tugas saya sebagai guru dan juga mengambil contoh daripada guru sekolah saya yang dulu.
Murid – murid sekolah ini menyanyikan beberapa buah lagu dengan penuh bersemangat dan mereka juga telah membuat lafaz ikrar selaku pelajar SKSP dan akan belajar bersungguh – sungguh. Pada pandangan saya, sedikit sebanyak lafaz ikrar yang disebut setiapa minggu mampu memberi semangat kepada murid – murid ini dan juga dapat mengingatkan mereka tentang tujuan mereka berada di sekolah.
Setelah menyanyi lagu Negaraku. Lagu Kedah Gemilang dan lagu Rukun Negara, murid akan mendenganr amanat daripada pihak pentadbiran sekolah iaitu sama ada daripada ucapan Puan Guru Besar iaitu Pn, Junaidah Tahir atau Penolong Kanan Pentadbiran. Selain itu, guru bertugas juga tidak lupa untuk membincangkan tema yang telah ditetapkan setiap minggu. Saya juga berpendapat bahawa tema – tema yang telah ditetapkan ini mampu memberi impak yang positif kepada murid – murid . ini adalah kerana tema yang dibincangkan pada setiap minggu merupaka tema yang diambil daripada nilai – nilai murni dan juga bertemakan peristiwa - pertistiwa yang penting. Ini seterusnya dapat disemai ke dalam diri masing – masing. Selain itu juga, mereka akan mendapat maklumat dan pengetahuan berguna daripada apa yang disampaikan oleh guru bertugas tersebut berdasarkan topik yang dibincangkan.
Selain daripada perhimpunan mingguan, murid – murid Sekolah Kebangsaan Sungai Petani ini juga turut mempunyai perhimpunan pada setiap hari. Murid yang bertugas diarahkan untuk datang awal dan menyelesaikan tugas masing – masing bagi menjaga kebersihan kelas dan seterusnya hadir di perhimpunan harian. Pada perhimpuan harian ini, murid – murid menyanyikan lagu Negaraku dan juga membaca doa. Seterusntya guru bertugas akan mengumumkan sebarang pengumuman harian buat pengetahuan murid – murid pada hari itu. Pada pendangan saya, perhimpunan harian ini amat baik kerana dapat mendisiplinkan murid – murid untuk datang ke sekolah lebih awal pada setiap hari dan memberikan mereka peluang unutk bersedia menerima pelajaran. Lagu Negaraku yang dinyanyikan juga mampu menimbulkan rasa cinta mereka kepada negara kita iaiitu Malaysia selain daripada untuk memupuk perpaduan kepada murid – murid berbilang bangsa di sekolah ini.
Selain itu, murid – murid sekolah ini turut berhimpun selepas waktu rehat bagi setiap sesi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada masuk lewat ke kelas. Perhimpunan se;epas waktu rehat ini juga diadakan bagi mengelakkan murid yang rehat pada sesi pertama iaitu dari jam 9.45 pagi hingga 10.15 pagi daripada bertembung dengan murid – murid yang rehat pada sesi kedua iaiatu darii jam 10.15 sehingga 10.45. yang rehat pada sesi kedua.
Selalku gur pelatih yang baru pertama kali menjalani pratikum, saya telah mendapat maklumat, pengetahuan dan juga pengalaman berguna hasil daripada pemerhatian dan juga pengalamana langsung saya semasa menyertai perhimpunan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Saya telah mendapat maklumat bagaimana untuk menguruskan sebuah perhimpunan dan juga termasuk aspek kawalan murid.
Saya berpendapat bahawa perhimpunan yang dijalankan di sekolah ini memberi banyak faedah kepada murid – murid dan juga kepada guru sekolah ini. Saya berharap, pada suatu hari nanti sekiranya saya dipertanggungjawabkan untuk mengndaliklan sebuah perhimpunan sekolah, saya akan mengendalikannya dengan baik dan juga penuh berdedikasi.

Tuesday, March 31, 2009

jurnal..need to edit

JURNAL
MINGGU PERTAMA PRATIKUM 22 MAC – 22 MAC 2009
Pada minggu ini, kami menghadirkan diri ke sekolah dan melapor diri kepada guru besar di pejabat Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kami juga telah berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah bagi mendapatkan maklumat tentang sekolah yang kami jalankan pratikum ini.
Pada setiap hari kami akan mencatat kehadiran pada buku kedatangan guru pelatih untuk direkodkan. Setelah itu, kami masuk ke bilik Penolong Kanan Pentdbiran iaitu En. Mahazir untuk mendpatkan jadual waktu masing - masing.. Saya dan Suhana telah diperuntukkan untuk mengajar sebanyak 8 waktu Pendidikan Seni Visual. Saya akan mengajar 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun 5.. Untuk persediaan mengajar, kami telah berjumpa dengan beberapa orang guru PSV yang akan kami ambil kelasnya. Antaranya ialah kelas En.Osman, PK Ko sekolah tersebut dan juga En.Mohd Tahar. En.Mohd Tahar telah sudi untuk meminjamkan kami cakera padat yang mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiap tahun, Pemetaan Pemarkahan dan juga beberapa bahan P & P bagi setiap bidang iaitu menggambar, mencorak dan membuat rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Kami juga telah mendapat buku perancangan sekolah bagi tahun 2009 iaitu buku yang menunjukkan semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Selain itu, kami juga telah mendapatkan beberapa maklumat lain di Pusat Akses Sekolah..
Aktiviti kami seterusnya ialah mencari guru- guru kelas yang akan kami masuki nanti.Tujuannya ialah untuk bertanyakan keadaan murid - murid dan mengenali mereka sebelum memasuki kelas. Namun, beberapa orang guru tiada kerana cuti bersalin dan juga sibuk menguruskan hal - hal peperiksaan. justeru, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mereka pada keesokann harinya sekiranya tiada kekangan buat kami.Kami juga telah memulakan sesi pengajran dan pembelajaran kami pada Hari Selasa. Pada permulaannya saya berasa agak gementar namun saya telah menennangkan diri saya dan cuba untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Antara masalah yang dikenal pasti ialah kebanyakan kelas yang diajar adalah berada di akhir masa persekolahan pada hari tersebut. Justeru, saya terpaksa untuk memendekkan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan saya mengadaptasi diri saya dengan keadaan pelajar tersebut. Kebanyakan pelajar tidak akan menumpukan perhatian kepada aktiviti yang dijalankan apabila 10 minit masa akan habis. Justeru, saya perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pelajar dapat menyiapakan aktiviti yang telah dirancangankan.
Dari aspek kawalan kelas pula, keseluruhannya saya berasa bahawa disiplin pelajar adalah terkawal cuma terdapat beberpaa orang yang kelihatan ingin menarik perhatian guru. Saya telah menetapkan peraturan dan berharapa agar pelajar dapat mematuhinya. Keseluruhannya waktu pengajran dan pembelajaran adalah berjalan dengan lancar dan beberpaa masalh yang timbul diharapakan agar dapat diatasi kelak.
Sungguhpun begitu, Pelatih masih memikirkan cara lain untuk murid-murid memberi tumpuan dalam pnp dan juga cara paling mudah untuk murid-murid ini mengingat sesuatu pembelajaran. Pelatih khuatir sekiranya Pelatih tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, Pelatih akan menjadi kurang motivasi untuk mengajar. Pelatih tahu akan perlunya kesabaran dan kekreatifan dalam diri seorang guru dalam mendidik murid apatah lagi murid PK. Oleh itu, Pelatih selalu berusaha mencari idea dan informasi melalui internet dan juga guru senior.

Kesimpulannya, dalam minggu ini Pelatih ada pelajari dua perkara. Iaitu menjadi seorang guru menuntut supaya kita komited bukan sahaja dengan tugas dalam bilik darjah malah di luar bilik darjah. Komited dan kesungguhan ini wujud ekoran daripada minat dan keseronokkan kita dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, guru itu tidak merungut apabila diberi tugas AJK sesuatu program atau tugas lain selain mengajar kerana dia tahu akan peranannya sebagai warga sekolah tersebut. Guru yang baik juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada tugas utama iaitu mengajar murid semasa di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Kedua, Pelatih perlu lebih peka atas kesilapan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. Ini kerana walaupun kesilapan sedikit ia akan membuatkan pihak lain kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pelatih.

Sunday, March 22, 2009

Pratikum hari kedua

salam.
Hari ini merupakan hari kedua pratikum kami.
Kami bertolak jam 6.55 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
Kami sampai ke SK Sg Petani kira - kira pada jam 7.10 pagi.
Kemudian kami masuk ke pejabat untuk mengisi buku kedatangan guru pelatih..
Setelah itu, kami masuk ke bilik Penolong Kanan Pentdbiran iaitu En. Mahazir untuk mendpatkan jadual waktu masing - masing..
Saya dan Suhana telah diperuntukkan untuk mengajar sebanya 8 waktu..
Saya akan mengajar 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun 5..Begitu jiga dengan Suhana..
Jadual kelas akan dilampirkan kemudian..

Untuk persediaan mengajar, kami telah berjumpa dengan beberapa orang guru PSV yang akan kami ambil kelasnya. Antaranya ialah kelas En.Osman, PK Ko sekolah tersebut dan juga En.Mohd Tahar. En.Mohd Tahar telah sudi untuk meminjamkan kami cakera padat yang mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiap tahun, Pemetaan Pemarkahan dan juga beberapa bahan P & P bagi setiap bidang iaiatu menggambar, mencorak dan membuat rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Kami juga telah mendapat buku perancangan sekolah bagi tahun 2009 iaitu buku yang menunjukkan semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Selain itu, kami juga telah mendapatkan beberapa maklumat lain di Pusat Akses Sekolah..

aktiviti kami seterusnya ialah mencari guru- guru kelas yang akan kami masuki nanti.Tujuannya ia;ah untuk bertanyakan keadaan murid - murid dan mengenali mereka sebelum memasuki kelas. Namun, beberapa orang guru tiada keranan cuti bersalin dan juga sibuk menguruskan hal - hal peperiksaan. justeru, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mereka pada keesokann harinya sekiranya tiada kekangan buat kami.

Author's note: ayat skema digunakan sebab nanti nak copy as jurnal..masuk dalam file ni..huhu..

Saturday, March 21, 2009

Hari pertama pratikum

salam..
seperti yang dijanjikan..

hari ni nak update pasal pergi pratikum di Sekolah KEbangsaan Sungai Petani..
sekolah ini ada dua sesi, darjah 1 hingga di sesi petang dan darjah 4,5 dan 6 pada sesi pagi..enrolmen murid ialah dalam lingkungan 1300-1400..

sebenarnya saya pernah pergi ke sekolah ni , masa tu tahun 2007..sekarang guru besar pun dah pindah ke sekolah Khir JOhari..jadi GB yg baru ialah Pn. junaidah tahir..tadi kami jumpa 7 org student maktab lagi.. 5 dari ipsah dgn sorang dari iptb dan sorang lagi dr ipis , tapi kami dua oranga je lah yg praktikum..dan ada dua org lgi yg kemas ajar pra.tapi dia dah 1 bulan pratikum kt situ..agak nervous..nasib baik kakak kakak kpli tu akan pbs 2 minggu..

macam biasa lah pg jumpa GB n jumpa PK 1..pastu pg bilik guru berkenalan dengan cikgu2 kat situ pastu pg duduk dalam library..

so, ari ni xde apa sangat..guru pembimbing pun jumpa tgh jalan je..dia bru nk pg dgr taklimat esok..harapnya hari2 seterusnya akan ok

p/s : risau assigment tak siap lagi..

Tuesday, March 10, 2009